
Apakah Hakmilik Pegangan Bebas ?
Dulu ( 1966 – 1984)
Daripada ciri ciri hakmilik yang telah dibincangkan diatas, sesuatu tanah berhakmilik pegangan bebas mestilah terdiri daripada hakmilik tetap dengan taraf pemberimilikan untuk selama-lamanya dan bebas dari sebarang bebanan dan sekatan kepentingan. Justru Geran Negeri (Hakmilik Pejabat Pendaftar) dan Geran Mukim (Hakmilik Pejabat Tanah) adalah hak milik pegangan bebas.
Kini. (1984 – 2009 )
Pada tahun 1984 melalui warta kerajaan Akta A 587 KTN telah dipinda. Pemberimilikan hakmilik tanah untuk individu dan badan tidak lagi diberi milik secara selama-lamanya lagi malahan secara bertempoh dengan tempoh yang tertentu sahaja. Jadi tuan-tuan akan mendapati hakmilik didalam bentuk Geran Mukim dan Geran Negeri yang dikeluarkan selepas ini akan mempunyai tempoh pegangan yang tertentu. Ini bermakna syarat asas hakmilik pegangan bebas itu telah tidak dipatuhi dan juga bermakna hakmilik sebegini bukanlah hakmilik pegangan bebas lagi.
Isu
- Penggunaan perkataan hakmilik pegangan bebas secara meluas oleh pemaju-pemaju perumahan didalam iklan dan kain rentang sesuatu sekim perumaham yang bakal dimajukan dengan harapan dapat menarik minat ramai bakal pembeli. Pembeli yang tidak peka akan terperangkap dengan strategi ini. Ada baiknya bakal pembeli membuat semakan yang terperinci dengan Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Hakmilik Tanah untuk mengetahui status hakmilik tanah rumah yang bakal dibeli samada hakmilik pegangan bebas atau hakmilik pajakan.
- Hakmilik pegangan bebas mempunyai nilai pasaran yang lebih tinggi berbanding hakmilik pajakan. Pada kebiassaannya melebihi 100% daripada hakmilik pegangan pajakan.Ramai bakal pembeli mahu hartanya dipegang dibawah hakmilik pegangan bebas. Perlu juga diketahui bahawa hakmilik tanah diluar rizab Melayu adalah lebih tinggi nilainya daripada hakmilik tanah didalam kawasan rizab Melayu.
- Justru tanggapan umum mengenai tanah pegangan bebas telah berubah dengan perubahan undang-undang semasa. Hakmilik tanah perlu dikaji dengan lebih teliti lagi dengan mengambil kira baki tempoh atau hayat hakmilik yang masih berbaki lagi sebelum urusan pembelian dapat dilakukan.
Kesimpulan
Semak dahulu status tanah/rumah yang hendak dibeli. Lantik seorang Peguam bagi menguruskan perolehan hartanah tersebut. Selalu berhubung dengan Pemaju dan Pejabat Tanah dimana hartanah tersebut terletak. Sikap prihatin anda mungkin dapat membantu anda.daripada ditipu. Jika ada masalah bertanyalah.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment