Wednesday, November 18, 2009

Hakmilik Tanah - Pegangan Bebas - Dulu dan Kini












Sinopsis


Esei ini ditulis adalah bertujuan untuk menerangkan tentang konsep hakmilik tanah yang terdapat didalam Kanun Tanah Negara (selepas ini dirujuk sebagai KTN ). Pada tanggapan masyarakat umum terdapat dua bentuk hakmilik yang dikeluarkan iaitu hakmilik pegangan bebas (freehold) dan hakmilik pajakan (leasehold). Kedua-dua hakmilik ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
KTN telah berkembang pesat sejak penggubalannya, tanggapan umum tentang tanah freehold dan leasehold masih lagi tidak berubah walaupun undang-undang berkaitan dengan hakmilik ini telah berubah. Rencana ini cuba untuk memberi perspektif sebenar apakah itu hakmilik freehold dan leasehold mengikut undang-undang masa kini. Pendekatan yang digunakan didalam penulisan rencana ini adalah berbentuk naratif-sederhana sesuai dengan matlamat iaitu untuk memberikan satu ‘overview’ ringkas mengenai hakmilik tanah yang terkandung didalam KTN.



Sejarah Hakmilik Tanah

Sebelum penjajahan British, tanah pertanian diberi kepada hamba rakyat oleh pihak Istana untuk diusahakan dengan syarat sebahagian daripada hasil tanah tersebut diberikan kepada pihak Istana. Berikutan dengan Perjanjian Pangkor dan beberapa siri perjanjian yang lain Negeri-Negeri Melayu telah mula menerima kemasukan dan campurtangan pentadbiran pihak British. Agenda utama penjajah dikala itu ialah untuk membuka tanah lading terutamanya ladang getah dan juga membuka kawasan-kawasan perlombongan bijih timah. Untuk tujuan ini pihak penjajah telah pun membawa masuk ramai pendatang dari luar terutama dari benua kecil India dan China dimana kisah-kisah mereka ini telah pun menjadi sebahagian dari sejarah Tanah Melayu. Demi mempastikan kesejahteraan dan keselamatan pendatang ini , pihak Istana dengan nasihat penjajah British telah menjanjikan satu jaminan keatas harta benda yang dimilikki iatu melalui satu suratan hakmilik milik. Dari itu lahirkan konsep suratan hakmilik keatas tanah-tanah yang dimilikki.


Bermula dengan penggubalan Peraturan Am Tanah di Perak (1879), Selangor (1882), Negeri Sembilan (1887) dan Pahang (1888 ) dan juga Peraturan Pendaftaran Hakmilik disekitar tahun yang sama maka wujudlah sistem pemberimilikan tanah yang berdasarkan kepada suratan hakmilik.
Kemudian pada tahun 1911 set undang-undang ini telah digabungkan menjadi dua iaitu Enakmen Tanah dan Enakmen Pendaftaran Hakmilik Tanah ekoran dari wujudnya pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.. Melalui undang-undang ini, tanah –tanah yang dimilikki oleh rakyat biasa direkodkan didalam Mukim Register yang diuruskan Pejabat Tanah dan tanah ladang, lombong dan Bandar yang biasanya dipegang oleh Pegawai Ekspatriat British dan kaum Cina direkodkan didalam Buku Daftaran Pendaftar yang diurus di Pejabat Pendaftar Hakmilik. Juga hartanah adalah terletakhak kepada pihak Pemerintah dan boleh diberimilik selama lamanya atau pun pajakan selama 999 tahun. Tanah desa kurang dari 100 ekar terletak dibawah kawalan Pejabat Tanah manakala tanah Bandar,pekan dan tanah desa melebihi 100 ekar dan tanah estet terletak dibawah jagaan Pejabat Pendaftar. Justru lahirlah Hakmilik Pejabat Tanah (EMR) dan Hakmilik Pejabat Pendaftar ( CT ).


Kedua-dua undang-undang ini kemudian digabungkan menjadi Kanun Tanah 1926 berkuatkuasa pada tahun 1928 dan lebih dikenali sebagai Cap 138 dengan sedikit perbedaan dimana tanah tidak lagi diberi pajakan selama 999 tahun sebaliknya 99 tahun. Kanun ini kemudiannya diterima pakai oleh Negeri – Negeri Melayu yang lain.
Apabila Tanah Melayu diambang kemerdekaan Suruhanjaya Chick telah mencadangkan supaya undang-undang tanah di Tanah Melayu diseragamkan dan penekanan yang sama dibuat oleh Suruhjaya Reid yang memggubal Perlembagaan Persekutuan lantas pada tahun 1965 KTN telah digubal dan mula berkuatkuasa diseluruh Semenanjung pada tahun 1966 dengan mengambil Cap 138 sebagai acuan utamanya.

1 comment:

  1. maksud tuan, konsep freehold dahulu dan free hold kini adalah berbeza
    ataupun sekarang ini tiada lagi tanah freehold (selepas 1985).

    maksud tuan juga, freehold bukanlah tempoh pegangan semata2, tetapi termasuk juga tiada kategori, syarat dan sekatan kepentingan (spt. tanah 1st grade di P.P).

    Apa yang saya fahami, freehold bermaksud hakmilik yg tiada tempoh pegangan (spt GM & PM)tidak lebih dari itu.

    b.salleh...

    ReplyDelete